Tuesday, June 3, 2008


Foto terbaru daripada planet Marikh merupakan sesuatu yang cukup bersejarah. Belum pernah sepanjang lebih 50 tahun penerokaan angkasa lepas, sebuah kapal angkasa merakam gambar sebuah lagi kapal angkasa yang sedang mendarat di sebuah planet lain. Sehinggalah Ahad lepas, apabila kamera canggih HiRISE di atas kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter telah merakam Phoenix sedang perlahan-lahan mendarat menggunakan payung terjun.

Apa yang lebih menakjubkan dengan foto tersebut ialah kehadiran sebuah kawah besar bersaiz 10km di 'belakang' Phoenix, seolah-olah memberi gambaran bahawa kapal angkasa tersebut sedang menuju ke dalam kawah tersebut. Ini sebenarnya hanya sebuah ilusi optikal, yang mana jarak antara Phoenix dan kawah tersebut adalah sejauh 20km.

Subhanallah!

-enc shahrin .falakonline.net

No comments: